Evolusi dan pengelasan Alam Tumbuhan Tumbuhan

Alam tumbuhan Plantae (atau Viridaeplantae) adalah kumpulan monophyletik eukaryote (organisma dengan sel bernukleas (nucleated)). Lebih 60 jurai lineages utama eukaryotes telah dikenal pasti, kebanyakannya adalah bersel tunggal unicellular dan dikelaskan dalam alam paraphyletik Protista. Alam tumbuhan adalah kumpulan monophyletik mengandungi organisma eukaryotik yang melakukan fotosintesis menggunakan klorofil a dan b, menyimpan hasil fotosintesis sebagai kanji dalam kloroplas (chloroplasts) tempat ia dihasilkan, mempunyai kloroplast yang diikat oleh selaput berkembar double membrane, dan mempunyai dinding sel yang diperbuat dengan selulus (cellulose ). Alam ini mengandungi beberapa kumpulan alga hijau yang berevolasi dari leleuhur yang sama dengan tumbuhan hijau. Alga hijau mempunyai beberapa bentuk: flagellate, koloni, berjurai (filamentous), dan juga multiselular (multicellular) primitif. Kebanyakannya adalah haploid, tetapi yang lain menunjukkan generasi perantaraan (alternation of generations) antara haploid dan bentuk diploid, dikenali sebagai gametophyte dan sporophyte.

Dalam tempoh tertentu semasa Palaeozoik, tumbuhan multiselular, rumit (Embryophyte) mula muncul di daratan. Dalam bentuk baru ini, gametophyte dan sporophyte berubah bentuk dan fungsi yang amat berlainan, sporophyte kekal kecil dan bergantung kepada leluhurnya sepanjang tempoh hayatnya yang singkat. Kumpulan dalam organisasi aras ini, secara berkumpulan dikenali sebagai bryophytes, termasuk:

Kesemua bentuk ini adalah kecil dan terhad kepada persekitaran lembab, bergantung kepada air untuk menyebarkan spora. Dalam tempoh Silurian, embryophytes baru muncul dengan adaptasi membolehkan mereka mengatasi had ini, yang mengalami radiasi perubahan besar-besaran dalam tempoh Devonian, menguasai daratan. Kumpulan ini biasanya mempunyai ketahanan kutikel (cuticle) kepada kekeringan (desiccation), dan mempunyai tisu vaskular, yang mengangkut air keseluruh organisma, dan dengan ini dikenali sebagai tumbuhan vaskular. Dalam kebanyakan tumbuhan ini, sporophyte bertindak sebagai individual terasing, dengan gametophyte kekal amat kecil. Taxa tumbuhan vaskular merangkumi:

Spermatophytes, atau tumbuhan berbiji benih (seed plants) merupakan kumpulan tumbuhan vaskular yang berpecah (diversified ) pada akhir Palaeozoic. Dalam bentuk ini, gametophytelah yang mengecut sepenuhnya, dan sporophyte muda memulakan kehidupannya dalam biji benih yang terbentuk pada pokok tua. Kumpulan spermatophytes yang masih hidup termasuk:

Division ini dibahagikan kepada gymnosperms (empat yang pertama:benih terdedah naked seeds), dan tumbuhan berbunga atau angiosperms. Angiosperms adalah kumpulan tumbuhan terakhir muncul, ketika tempoh Jurassik, dengan perkembangan radiation utama dalam tempoh Cretaceous yang menyebabkan Angiosperms menjadi tumbuhan darat utama dalam kebanyakan biome.